nuffnang

Selasa, 3 Ogos 2010

Maaf,Chelsea tidak akan jual Ashley Cole

LONDON - Pengurus Chelsea, Carlos Ancelotti memuji pemain pertahanan, Ashley Cole sebagai pemain bek kiri terbaik di dunia kelmarin, sebelum membatalkan semua peluang pemain kebangsaan England itu untuk meninggalkan saingan Liga Perdana.

Cole, 29, telah diperkatakan oleh pihak media bahawa dia akan bersama dengan jurulatih Jose Mourinho di Real Madrid bagaimanapun Ancelotti menegaskan bahawa Cole akan kekal bersama Chelsea untuk kejohanan Piala FA.

''Ashley Cole tidak akan dijual dengan apa harga sekalipun.

''Tidak ada harga untuk menjual pemain berkenaan dan kami percaya dia adalah bek kiri yang terbaik, kerana itu dia perlu kekal di kelab ini.

''Tiada apa yang menukar kedudukan kami. Semua orang akan melupakan Cole jika dia meninggalkan kelab ini,'' katanya kepada pemberita selepas Chelsea tewas 2-1 kepada kelab Eintracht Frankfurt pada perlawanan persahabatan pra-musim.

Gol kemenangan Eintracht dijaringkan oleh Patrick Ochs dan Halil Altintop
(utusan malaysia 3/8/10)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan