nuffnang

Selasa, 3 Ogos 2010

Rooney- Ji Sung bakal kembali berganding esok

MANCHESTER - Manchester United bakal menurunkan bintang penyerang England, Wayne Rooney dan pemain antarabangsa Korea Selatan, Park Ji-sung buat kali pertama dalam perlawanan pra-musim esok.

Rooney dan Ji-sung sebelum ini direhatkan daripada jelajah Amerika Utara, kerana masih bercuti selepas tamat Piala Dunia.

Turut direhatkan adalah pemain tengah England, Michael Carrick dan tonggak pertahanan Serbia, Nemanja Vidic.

Bagaimanapun keempat-empat pemain berkenaan, termasuk Antonio Valencia, yang sebelum ini direhatkan kerana kecederaan buku lali, akan kembali menguatkan pasukan dalam aksi persahabatan menentang Pilihan Liga Ireland di Dublin.

"Rooney, Park, Carrick dan Vidic sudah kembali memulakan sesi latihan dan mereka menunjukkan permainan yang baik.

"Valencia juga berlatih dengan baik dan memerlukan perlawanan. Semua mereka akan terlibat pada saingan Rabu ini,'' kata pengurus United, Alex Ferguson kepada laman web rasmi kelab, www.manutd.com.

Selepas perlawanan di Dublin, tugasan terbaru United adalah perlawanan merebut Perisai Komuniti menentang Chelsea di Wembley, Ahad ini.

United akan memulakan kempen Liga Perdana England dengan menentang Newcastle United, kelab yang kembali ke liga utama England itu pada 16 Ogos ini.
(utusan malaysia 3/8/10)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan